Wednesday, April 21, 2010

K.A.W.A.N

Bertemu kita sekali lagi dalam bual bicara, merungut, membebel dan meluahkan seluruh rasa ketidak puas hatian tuan tanah terhadap apa sahaja disekelilingnya. Topik rungutan pada malam ini hanyalah topik yang light light gitu. aterr? dah malam. emosi je lebih. otak pulak dah penat digunakan sepanjang hari. jari juga kalo bole nak menjerit meminta rehat kerna seharian dah digunakan untuk mencari rejeki demi sesuap nasik. okay tipu. banyaakkkkk suap nasik, banyak kali karoke, berpoya poya dan macam macam lagi.


Sekarang tuan tanah mahu pembaca membayangkan hidup pembaca sekarang. ramai kawan tak? well seperti yang anda semua maklum, tuan tanah ni glemer. jadi tentu la ramai kawan. tambahan pula bakal menjadi bini anuar jen. hikhik tapi, cuba korang fikir berapa ramai sebenarnya dalam friendlist yang ada dalam kepala hotak korang adalah kawan yang berkualiti? kawan mmg senang carik la geng. lu senyum sket, ramah sket, gedik gedik sket. confirm lu akan ada kawan. cuma tinggal cepat atau lambat je. macam tuan tanah ni lain sket. lembap! memula tu ala ala mulut ada emas giteww. bukan hape, kang terlebey peramah orang tak suka plak kan?


ok tolak tepi kawan bukan berkualiti. kiranya skang yang tinggal hanyalah kawan yang berkualiti. kejap! cmne korang kategorikan org tu kawan berkualiti? baik? ramah? sapot idop korang? setia? selalu bagi no tepon awek/jantan?


bagi tuan tanah, mencari kawan berkualiti itu ibarat susahnya mencari calon suami/isteri. dia mestilah setia, baik hati, jujur dan akan selalu menidakkan yang memang sah sah tidak betul dan akan selalu menyokong ke arah kebaikan. tapi mana ade orang perfect gini? laki org pun skang cari skandal kat opis kan? (skada contoh ye) tuan tanah bersyukur dengan kewujudan kawan kawan yang berkualiti disekeliling ni. mereka menerima seadanya tuan tanah tanpa ada apa apa kompromi. (ye ke? hahaha)


tapi kan as we goes on, people are moving forward. kawan kawan pun sudah makin lama makin menampakkan jalan menuju puncak. padahal aku baru je isi borang nak join AF 9 taun depan. haha. jadi sekarang ni aku jeles ke atau aku takut kehilangan diorang, aku pun tak pasti. tapi nak sedapkan hati sendiri, aku pilih kata aku takot kedua dua nya. jeles dengan jalan menuju puncak diorang dan takut kehilangan diorang sebab aku baru je nak blajar ikat tali kasut. sumpah aku takut. aku takut hidup sorang sorang. air mata pnah menitis bila lunch sorang sorang, apatah lagi kalau hidup sorang sorang?


jadi aku dah jumpa satu jalan alternatip. aku bagi diorang jalan dulu menuju ke puncak, sambil tu aku isi la borang dulu, blajar ikat tali kasut tapi dalam masa yang sama aku ingin cari kawan baru. yes. new friends. lupa sudah cmne cara cara nak kenal kawan baru. tak kisah la dari mana. janji kawan kawan baru. jadi jika semua kawan2 berkualiti aku ada hal/komitmen lain dalam masa yang sama, sekurangnya aku ada kawan kawan baru.


Persoalan di sini, MANA AKU NAK CARI KAWAN BARU? add je semua orang dalam fb? ke kembali ke zaman IRC? hi asl pls? hahaha ke pepura langgar sesapa? atau tegur sapa orang dalam lift opis? atau call kawan kawan yang sedia ada tanya dia ade tak kawan kawan yang memerlukan kawan baru jugak? haha nampaknya gua kena buat iklan la. MENCARI KAWAN BARU. bole kan? orang cari jodoh pun boleh. takkan cari kawan tak boleh? atau join la kelab mancing ke, kelab kete ke, kelabing ke. hoho.


Sampai ketemu lagi.




p/s sapa ada kawan nak kenalkan, let me know ya ;D

Monday, April 19, 2010

Suku Abad Sudah

25 tahun dahulu, 18 April 1985 tepat jam 10.05 pagi seorang bayi perempuan selamat dilahirkan di Dewan Bedah, Hospital Lama Klang oleh Puan Sariah Abd Hamid. Ya, di dewan bedah tetapi secara normal. Tak sempat para doktor dan jururawat nak bedah, bayi tu tak sabar-sabar nak tengok dunia. Gedik sungguh bayi itu. Bayi tu dinamakan sebagai Saidatul Nazla. Ya aku la tu. haha.


Mak pernah berkata, sepanjang mengandungkan aku, dia suka makan makanan berkuah. Agaknye tu la sebab kalau aku nak makan mesti nak berkuah. Kalau takde, agak marah di situ. Mak ada juga berkata, mak dikelilingi oleh lelaki semasa mengandungkan aku. Aku juga dibesarkan dikelilingi lelaki. Yela, abah kan kerja "stesen master" dulu. Ramai kawan abah pemandu bas. Aku masih ingat asal hujung minggu drebar2 bas selalu ajak aku naik bas jalan2 ke KL. Selalunya bila abah keja shift malam. Abah pulak akan dudukkan aku btol2 di belakang pakcik drebar. Jadi tade la aku kena culik ke apa. Life was so wonderful at that time. Bila abah gaji, kami makan KFC. dah kira mewah tau. Bila besday, dapat makan KFC jugak.


25 tahun sudah aku dibesarkan. Takde perkataan yang lebih bagus dari ucapan TERIMA KASIH kepada mak dan abah. Terutamanya mak. Mengandungkan aku, melahirkan aku, menyusukan aku, serta menjaga aku dengan baik bersama abah. Dari kecik sampai la ke besar ni. Gedik, degil, keras kepala dan panas baran. Tapi itu bukan salah mak abah aku. Itu bukan diwarisi.


Terima kasih kepada mak abah kerana memberi aku peluang untuk hidup dalam keadaan sederhana, diberi peluang pendidikan dan diberi kasih sayang secukupnya. Tidak seperti bayi2 yang dibuang merata, tidak seperti anak anak yang didera secara fizikal atau mental, dan tidak seperti anak anak yang tidak mampu diberi pendidikan yang sempurna. Alhamdulillah aku masih bertuah.


Pada umur suku abad ini, aku hanya patut memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt, kerana dilahirkan sempurna, tiada cacat cela. juga kerana diberi keluarga yang sempurna bagi aku, dan dikelilingi ramai orang yang mengambil berat terhadap aku. Jadikan doaku sempena ulang tahun yang ke 25 ini agak keluargaku dan orang orang disekeliling ku diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan gembira selalu. Ameen.